I made this widget at MyFlashFetish.com.

About Me

My photo
Im turning fabulous 15 this year. I'm just an ordinary girl who is living in this big wide world and trying to be a better person i can be. Life is full of challenge,Meet it. Life is full of lesson..and this blog is about my life and the lesson that i've learn..

Sunday, July 3, 2011

Mr.Gentleman

Hello readers, sudah lama aku tak update blog aku ni. Tajuk kali ni adalah Mr.Gentleman....hehehe. Aku ada minat kat seorang lelaki kt sekolah.Aku minat dia bukan dari segi rupa tapi dari segi sikap dia.Dia  takdelah goodlooking sangat...biase je. Dia dulu satu bas dengan aku tapi sekarang dia pindah rumah so dia dh tak naik bas sama ngan aku. Dia seorang pengawas sama ngan aku.

Ada satu hari tu ramai cikgu tak datang so banyak kertas relief. Pengawas kena jaga kelas budak form 1. Aku ngan pengawas lain jaga kelas sepanjang hari.Ada 2 kelas aku jaga ngan member aku Carol dan juga Mr.Gentleman. So mase balik macam biasa bas aku penuh giler sooo aku kena berdiri.Aku nampak ada tempat kosong sebelah Mr.Gentleman.Semalam aku ada nampak budak perempuan letak beg kt situ soo aku ingat nak buat macam tu sebab beg aku dah lah berat dan aku penat kena berdiri. Aku tanye dia''boleh x aku letak beg aku kat tempat duduk ni.'' then dia cakap ''letak..lah ...duduk pun takpe.'' Aku rasa segan pulak duduk sebelah lelaki tapi aku rasa sangat penat sebab jaga kelas tadi. So aku duduk je lah dan aku cakap kt dalam hati yang ini adalah kali terakhir aku akan duduk kat sebelah lelaki selepas ni aku tak nak duduk sebelah lelaki dalam bas. So masa dalam bas tu aku ngan dia mula bersembang. Dia mula dulu....dia cakap"eh ..ko dah lama en..x online?''then aku cakap ''a'ah.." pastu dia tanya'' asal..??" then aku cakap ''xde..mase" pastu dia mula lah gurau2.Aku pandang dia sambil tersenyum sepanjang aku ngan dia bersembang. Aku terharu lah jugak dia kasi aku duduk sebelah dia, sebelum ni aku tak pernah nampak perempuan lain duduk sebelah dia.Aku juga terharu sebab dia cakap ''eh ko dah lama en..tak online?'' macam dia ambik berat pasal aku je...hahaha. Aku ngan dia tak lah rapat bersembang ngan dia pun tak pernah dan sebelum ni tak pernah pun lelaki tanye aku soalan tu.Selalu dalam bas aku senyap je tapi bila duduk sebelah dia aku bersembang sampai bas berhenti kat rumah dia.Aku rasa seronok sembang ngan dia....

Pastu ada satu hari dalam bas dia cakap'' mata ko warna cokelat eh...memang sume family ko mata warna cokelat ke??'' Then aku cakap ''family aku mata cokelat pekat tapi mata aku cokelat terang sikit" pastu dia cakap''sebenarnya dah lama dah..aku perasan.." Sebelum ni cume perempuan je perasan mata aku ni warna cokelat dan diorang puji tak pernah lelaki cakap pasal mata aku.

Aku ada banyak lagi nak cerita pasal Mr.gentleman tapi aku dah penat menaip....sampai sini dulu...ye...!! =) =D




Wednesday, June 8, 2011

This is Me. Inilah Aku

Assamualaikum...and hello readers.Dah lebih kurang 7 bulan aku buat blog nie...tapi tidak pernah kenalkan diri aku..korang cuma tahu yang aku ni seorang gadis yang berusia 14 thn je.Jadi untuk entry kali aku nak cerita pasal diri aku so korang boleh kenal aku lebih dalam...


˙·٠•●♥ Nama penuh aku Noor Syahirah Binti Badrol Alam.Maksud nama aku adalah Cahaya   Kemasyuran.Tarikh lahir aku 17/06/1997...(Jumaat depan birthday aku..yeah aku agk excited.)

       
     Hobi
 
˙·٠•●♥ Melukis
       Melayari internet
       Main gitar(baru je belajar..aku gi kelas gitar kt yamaha)
       Hanging out with friends and family
       watching tv...
       Dengar muzik!!!!!

˙·٠•●♥Aku seorang anak tunggal..aku takde adik-beradik(bosan..!).Ayah aku meninggal masa aku 5thn.So its just me my mum...    


˙·٠•●♥Aku seorang yang sensitive...kt skulah budak lelaki suka sangat perli aku sebab aku ni rendah mcm budak umur 11 atau 12 thn touching arr gak...Aku tahu tak patut touching sebab tu mulut diorang bukannye mulut aku and i know that i'm much better person then they are.Tapi nak wat cmne kite ni manusia kan?? ada perasaan.Dulu bila orang ejek atau perli aku...aku akan rasa sedih tapi skang aku akan rasa geram!!!!tapi aku cuba control aku x suka marah orang atau mengamok so aku tarik nafas dan wat tak tahu je.Lagipun aku dah biasa....sejak sekolah rendah lagi aku selalu kene ejek tapi dulu diorang tak ejek aku pendek atau ketot diorang ajek aku gemok.Sooo bila aku touching aku akan bersabar dulu waktu sekolah rendah aku tak de kwn rapat untuk aku luahkan perasaan sedih aku ni.Aku akan simpan je dalam hati dan bila hati aku penuh ngan kesedihan hati aku tak boleh nak tahan dan aku akan nangis.Aku akan duduk kt bilik aku dan nagis senyap2.Aku tak suka orang tengok aku nangis.


˙·٠•●♥Aku suka tengok icarly,big time rush,Victorious dan true jackson vp kad nickelodeon.Aku jugak suka tengok Wizard of waverly place,hannah montana,the suite life of zack and cody,the suite life on deck,shake it up,sonny with a chance and goodluck charlie kat disney channel.

˙·٠•●♥Bila panas pipi aku akan merah macam pakai blusher tu sebab kwn aku maisara kadang panggil aku budak blusher.hehehehe


˙·٠•●♥Masa aku umur 9 thn aku ikut mak aku sambung belajar kat Perth,Western Australia. Masa aku datang sana aku tak pandai speaking...so aku sangat takut nak gi sekolah.Tapi alhamdulillah kt sekolah ada satu kelas called English Second Language (E.S.L)kelas tu dua kali seminggu selama 30minit.Kelas memang khas untuk orang yang dari negara lain yang tak pandai speaking.Kat sana memang ramai orang dari luar negara ada yang dari cina,veitnam,indonesia,England,Afrika dan lain2.Kat sana ada persatuan mypsa.MYPSA adalah persatuan orang malaysia yang belajar kt sana so kiteorang tak sunyi bila raya sebab dalam persatuan kiteorang akan wat jamuan dan kadang bila birthday anak diorang  diorang akan wat cam open house.So selalu ada perjumpaan rasa mcm kite sume ni one big family.Aku rindu sangat nak makan makan barbeque.Kat australia selalu wat outing kat taman wat barbeque kadang ada gak sukan neka.Aku duduk kat Australia selama 4 thun.so Australia dikira tempat aku membesar dan membuatkan Austalia tempat yang istimewa bagiku.Australia is my second home.kat sana sekulah memang tak stress homework pun sikit je exam pon takde.




˙·٠•●♥Aku balik Malaysia tahun lepas bulan 3.Bila aku balik Malaysia ramai orang tanya mana lagi best Malaysia ke Australia aku akan cakap dua-dua.sebab kat Malaysia ada family and kat Australia sekulah relax je tak stress dan aku suka suasana kat sana.btw kt sana takde tol.

˙·٠•●♥So anyway aku bersyukur yang aku dikelilingi dengan orang yang sayang aku danorng yang aku sayang.Aku ada seorang ibu yang berdikari dan ambil berat pasal aku.Aku tahu bukan senang jadi ibu tunggal dan aku bersyukur yang aku ada ibu yang cube memenuhi keperluan dan kenedak aku.Walaupun takde ayah,mama cube memberi kasih sayang sepenuhnya...bukan hanya kasih sayang dari seorang ibu tetapi dari seorang ayah jugak.
Aku juga bersyukur dengan kwn2 yang selalu beri aku sokongan. I love U ALLLL!!!!!!


So sampai sini dulu...dah penat menaip....mungkin nanti aku akan cerita pasal kehidupan aku kat australia pulak mesti korang nak tahu susana kt luar negara ...see ya on the next entry....BYE!














Tuesday, May 31, 2011

Selamat bercuti...

Hello...readers!!! korang sume sihat?dah lama aku x update blog ni. Sekarang cuti sekolah dah bermula jadi adalah masa untuk aku update blog ni.Cuti sekolah memang best sebab tak payah fikir pasal kerja rumah tapi yang tak bestnya sebab bosan duk kt rumah x tahu nak wat ape asyik online je...so waktu cuti sekolah ramai orang wat kenduri kahwin so far aku dah pergi 2 kenduri kahwin.Jumaat ni aku balik kampung aku kat kuantan sebab ada kenduri kahwin then singgah kubur arwah atuk dan nenek.Cuti sekolah ni aku cuba tak nak membazir masa macam cuti sekulah aku sebelum ni.Aku asyik online je.Aku akan cuba mengisi masa dengan benda yang berfaedah contohnya membaca buku,wat ulang kaji dan lain2.Anyway I just want to wish you all ''SELAMAT BERCUTI!!!!!!!!!" 

Sunday, May 1, 2011

Bieber Fever!!!



Ok entry kali ini khas untuk peminat JUSTIN BIEBER!!!! Aku dulu x lah minat dia sangat.Dulu kt sekolah lama aku ada seorang kwn aku memang minat gila dengan justin bieber ni sampai tulis i love justin bieber dekat kain dia guna liquid....Aku rasa pelik ...best sangat ke justin bieber ni sampai kwn aku asyik conteng ''i love justin bieber'' so aku pon bukak youtube nak tengok video Justin Bieber.First aku dengar lagu Baby dan aku mula suka lagu tu then aku dengar lagu dia yang lain One time,one less lonely girl dan never let you go. Mula dari hari tu lah aku start minat dia sikit2.Pastu kwn aku dari Australia dtg balik malaysia sekejap.Dia orang malaysia mak dia belajar kt Perth,Western Australia mcm mak aku jugak.Aku ajak dia tido rumah aku.Dia pon minat justin bieber.Dia asyik bagi tahu lagu Justin bieber yg latest dan bagi tahu satu website tentang latest gossip pasal Justin Bieber.Sejak tu aku lagi minat Justin bieber...

Okay, baru je minggu lepas hari Khamis 21/04 Justin Bieber dtg Malaysia wat konsert kt Stadium Merdeka.Aku pergi konsert dia.Memang best!!! Memang terhibur!!!!DIa ada tunjuk video JUSTIN main gitar dan drum masa kecik dulu menag CUTE!!espicially masa dia nyanyi lagu ABC memang COMEL!!!!! Pastu masa nyanyi lagu ONE LESS LONELY GIRL dia ada pilih seorang gadis untuk jadi One less lonly girl.Perempuan tu duduk atas kerusi pastu Justin bagi dia bunga dan pegang tangan dia.Memang bertuah perempuan tu.I WISH I COULD BE THE ONE LESS LONELY GIRL.Ramai orang dtg dan jerit!!!! kt stadium tu.Skang ni malaysia dh kena satu virus iaitu BIEBER FEVER!!!!! OKAY lagu terakhir Justin nyanyi adalah lagu BABY!! Justin saje bergurau dia pura2 x tahu lagu baby yg mana satu.Dia saje nyanyi lagu nursery rhyme tajuk rock-a-bye -baby dan mcm2 lagi.MEMANG LAWAK!!!HEHE .Penonton memang x sabar nk dengar lagu baby.OKAY kalau korang nk tahu lebih pasal konsert tu korang boleh tengok video justin bieber nyanyi lagu baby di atas atau video yg lain di YOUTUBE!!!!! Sejak aku tengok konsert tu aku rasa aku memang dh kena BIEBER FEVER!!!!!!!!! Sebab aku asyik teringat pasal dia.Asyik2 rasa nk ckp pasal dia dan AKU MEMANG MINAT SANGAT JUSTIN BIEBER!!!!!!! Aku baru je tengok movie Justin Bieber NEVER SAY NEVER!!! memang BEST!!! siapa yg minat Justin Bieber MESTI tengok!!!!

JUSTIN BIEBER  ROCK!!!

Nie style rambut baru dia..amcm hensem x???Aku rasa dia nampak matang dengan rambut baru dia!!!!!!!

Sunday, March 27, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

 Hi readers, Apa khabar?? sihat? semalam aku kena ikut mama gi mesyuarat PIBG kat sekulah..aku duduk kat kantin sambil wat kerja math aku and online facebook skali...sebab bosanlah kalau duduk je xde wat apa selama 2jam lebih...so selapas mesyuarat tu aku and mama pergi Wangsa Walk....percaya atau tidak..ini kali pertama aku pergi Wangsa Walk..yelah korang yang duk kat area situ mesti dh pergi situ banyak kali kan??so aku gi Wangsa Walk ni sebab nak tengok Wayang ..(nak release stress..hehehe) Nak tahu aku tengok cerita apa???? Mesti dh tahu kan dari tajuk entry ni...

ni hah cerita yang aku tengok..Hikayat Merong Mahawangsa. best jugak cerita ni macam cerita orang putih sikit..dalam cerita ni banyak perang...bukan perang guna pistol bom tu..perang guna pedang dan anak panah...Dalam cerita aku suka Prince Marcus Carprenius...nak tahu rupa dia cmne???

ni hah.. Prince Marcus Carprenius...Prince of Rome...Nama pelakon ni ialah Gavin Rees Stenhouse. handsome tak??? bagi aku dia ni charming...hehehee


SENARAI PELAKON

Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)

Saturday, March 19, 2011

Homework.....

  Cepat masa berlalu. pejam celik,pejam celik...dah cuti sekolah nak habis.Sekolah pun dah nak bermula. mmm macam biasa lah aku ni selalu wat homework last minute. Homework x lah banyak sangat cuma ada Bm tatabahasa, latihan math yang aku tangguhkan dan juga latihan kh. Cikgu kh banyak bagi latihan aku wat sikit-sikit je dulu..
.dan sekarang hampir nak siap..hehehe.Aku ni lemah Bm jadi kerja tatabahasa tu aku kena mintak tolong ngan makcik aku....dah lah sampai sini dulu..aku dh lapar..perut dh berbunyi ni...nak pergi makan jap..then wat homework!!!!    
 

   

Happy Birthday Afina!!!!!!

Dear readers,
                     Today is my dear friend Afina's birthday. Happy Birthday my dear FRIEND!!!!!  Today is your special day.Enjoy your 14th birthday!!!!! I hope you have a wonderful day!!! You're very sporting and friendly!!! Aku doakan agar kau dapat keputusan yang cemerlang dalam pk1.Semoga panjang umur.I just want to say that i'm glad to be your friend.







        

Friday, March 18, 2011

˙·٠•●♥ Hidup....Kebahagiaan

Hidup memerlukan pengorbanan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan Kebahagiaan.

kecemerlangan....

Kecemerlagan adalah hasil daripada
sikap sentiasa mahu melakukan yang terbaik.

Jangan berputus asa apabila
menghadapi kesusahan kerana 
titisan hujan yang jernih juga berasal 
daripada awan yang gelap.

orang yang cemerlang bukanlah
kerana dia tidak pernah
mengalami kegagalan tetapi
disebabkan dia dapat berdiri 
lebih teguh selepas kegagalan.

Sahabat



Sahabat yang beriman ibarat     

mentari yang menyinar.

sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan.           

Sahabat sejati menjadi pendorong impian.

Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah..













Di mana ada kasih dan sayang, Di situ wujudnya kehidupan,

Mengetahui perkara yang betul
tidak memadai dan bermakna apabila
tidak melakukan perkara yang betul.

kecermelangan adalah hasil daripada
sikap sentiasa mahu melakukan yang terbaik.

manusia yang di hormati ialah orang
yang sentiasa menghormati orang lain.



 

♪♫•*¨*• ♥MizzShimmerGlimmer♥ •*¨*•♫♪. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates